Jenazah seniman dan pelakon tanah air, Pyanhabib Rahman, 66, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 di sini, pada jam 11.25 pagi tadi.

Pengkebumian Pyann atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, berjalan lancar dan dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti.

Penghormatan terakhir

Turut kelihatan di tanah perkuburan ialah selebriti Datuk M. Nasir, Uji Rashid, Farid Kamil, Amerul Affendi dan Datuk Tarmimi Siregar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib

Terdahulu, jenazah selamat disolatkan di Masjid As Sobihin, Lembah Keramat Ampang bagi memberi penghormatan terakhir kepada pelakon dan penyair tersebut.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.

Semasa hayatnya, Pyann sangat akrab dengan dunia seni dan sastera. Arwah aktif menulis puisi sejak tahun 70an secara eceran dan diterbitkan di akhbar dan Dewan Sastera.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."

Pyann kemudian menghasilkan beberapa buku terbitan sendiri iaitu Suara dan Saraf Dukaku, Manakala pada tahun 2015, Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan Balada Pyanhabib, sebuah koleksi lengkap kepenyairan beliau.

Pyann menyertai Utusan Melayu pada tahun 1983 sebagai pengarang Mastika sebelum bertukar ke jabatan pengarang Utusan sebagai penyunting sehingga tahun 2000.

Pada tahun 1986, Pyan terjun ke dalam bidang lakonan bersama-sama Datuk M.Nasir dan Nasir Jani menerusi filem Kembara Seniman Jalanan. Lakonannya semakin mendapat perhatian ketika Pyann berlakon filem Tsu Feh Sofiah yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ketika Festival Filem Malaysia ke-7.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon & Penyair Pyanhabib Rahman Meninggal Dunia

Namun Pyan menolak menerima anugerah tersebut kerana merasakan anugerah itu patut diberikan kepada penggiat filem sementara dirinya datang dari bidang penulisan.

Antara naskhah lain lakonan Pyann ialah One Cent Thief, Tak Kisahlah Beb, Rock Oo!, Apokalips X dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.