Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Malah banyak juga yang melakukan pelbagai cara untuk sentiasa kelihatan cantik.

Tidak hanya bersolek, ramai wanita masa kini yang lebih berani dengan melakukan pembedahan plastik tak kira sama ada pada wajah ataupun bahagian lainnya.

Salah satu negara dengan wanitanya banyak melakukan pembedahan plastik adalah Korea Selatan.

Menerusi laporan media Korea Selatan, dua orang pakar bedah plastik yang cukup popular di negara itu mendedahkan siapakah sosok atau wanita yang paling banyak ingin 'ditiru' oleh para pesakit mereka.

Sewaktu tampil dalam program YouTube, Park Moon So dan Kook Hwa dari Moon Clinic di Gangnam, memberitahu wajah Jennie Blackpink adalah wajah paling popular dan menjadi dambaan ramai pesakit yang ingin melakukan pembedahan plastik.

Mereka mengatakan kebanyakan pesakit yang datang ke klinik membawa foto Jennie Blackpink.

Moon so mendakwa, kebanyakan wanita yang ingin kelihatan atau memiliki bentuk wajah seperti Jennie adalah kerana dagu pendek dan rahang kecil penyanyi ini yang sentiasa menampakkan dia kelihatan muda.

Tidak hanya itu, mata Jennie dianggap seksi walaupun memiliki sepasang mata sepet.

Malah ramai pesakit yang terkejut apabila mengetahui Jennie sudah berusia 25 tahun kerana beranggapan ia masih belasan atau baru memasuki usia 20 tahun.

Dalam temu bual yang sama, mereka mengatakan wajah seseorang tidak akan berubah jika hanya melakukan suntikan Botox, tetapi pembedahan plastik akan menjadi alternatif bagi yang ingin merubah bentuk wajah seperti diinginkan.

Selain Jennie, ada juga yang membawa foto Jung Chaeyeon DIA.

Instagram: @jennierubyjane