Sebelum ini, penyanyi popular Hollywood, Jennifer Lopez pernah memberitahu tentang perancangannya untuk berkahwin dengan Alex Rodriguez tertunda akibat penularan wabak COVID-19.

Memetik laporan Just Jared, pasangan ini sebenarnya telah menunda dua kali perkahwinan mereka sepanjang tahun ini.

"Kami sudah menunda perancangan untuk berkahwin sebelum ini disebabkan perlu kuarantin ekoran penularan COVID-19. Namun sebenarnya sudah dua kali perancangan ini tertunda tetapi orang ramai tidak tahu.

"Jadi, kami berdua merasakan yang kami tak perlu terburu-buru, tunggu sahaja dan ia akan berlaku apabila tiba masa yang sesuai nanti," kata Jennifer.

Terdahulu, Jennifer pernah merancang untuk berkahwin pada sekitar April tahun ini.

Walaubagaimanapun, tarikh kedua yang dirancang oleh penyanyi berusia 51 tahun ini tidak dinyatakan dengan begitu jelas.

Sumber : justjared.com