Hiburan
Jep, Pak Ya, Rahim, Shah Slam, Tomok & Team Superlawak FC Lawan Bola di Osaka!
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu bersama pasukan Superlawak FC berangkat ke Osaka, Jepun pada Isnin untuk menyertai perlawanan bola sepak di negara matahari terbit itu.
Superlawak FC bakal bertemu pasukan dari Jepun, Young Town, dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak Amatur, yang dijadualkan berlangsung malam esok.
Pasukan Superlawak FC (selain Jep) turut dibarisi selebriti dan pelawak popular tanah air seperti Jep, Pak Ya, Rahim, Chiwan Tomok, Shah Slam, Imam Muda Asyraf dan Roy Azman.
Pasukan ini juga bukan calang-calang kerana pernah menjuarai beberapa perlawanan persahabatan yang dianjurkan di seluruh Malaysia.
Kepada Superlawak FC, semoga berjaya dalam perlawanan malam esok!
Sebelum tu jom kita tengok gelagat pemain-pemain Superlawak FC di Jepun ni:
Must-Watch Video