Hiburan
Jep Sepahtu Dedah Nama & Wajah Anak Kedua Buat Kali Pertama!
Pelawak Jep Sepahtu telah mendedahkan wajah dan nama anak keduanya selepas lebih sebulan dilahirkan.
Menerusi pemerhatian Gempak, Jep ada berkongsi sepotong video anaknya itu sedang diurut dalam keadaan meniarap dan mendedahkan nama bayi itu buat kali pertama menerusi perkongsian di Instagram.
"Subhanallah, anak abah @muhammadkhidirofficial," tulisnya ringkas.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Jep tumpang gembira melihat Khidir dan berdoa agar dia membesar menjadi seorang anak yang soleh.
Tidak kurang juga beberapa rakan industri seperti Anzalna, Tomok dan Feeya Iskandar yang turut meninggalkan komen.
Terdahulu, isteri Jep, pelakon Sari Yanti telah berkongsi pengalaman melahirkan Khidir.
Menurutnya, proses bersalin kali kedua itu berbeza berbanding sebelumnya kerana memakan masa yang agak lama.
Sekadar info, Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan Dariya Inara yang sudahpun berusia 2 tahun.
Sari selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.34 kg pada 6 Jun 2020.
Must-Watch Video