Laman Utama

Jepun Catat Kes Harian COVID-19 Melebihi 180,000

Shahrin Zulkifle
23/07/2022
07:00 MYT
Kes COVID-19 harian di Jepun melebihi 180,000 pada Khamis, untuk dua hari berturut-turut.
Menurut sumber Kyodo News, jumlah keseluruhan kes yang aktif datang dari 35 daripada 47 wilayah yang ada di negara matahari terbit itu sekaligus menyaksikan gelombang ketujuh yang menyerang Jepun.
Tokyo mencatatkan rekod 31,878 kes buat pertama kali melebihi angka 30,000 seterusnya memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 21,562 yang dicatatkan pada 2 Februari.
Gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata ibu negara itu berusaha sepenuhnya untuk meningkatkan sistem perubatannya dan menyeru penduduk untuk mendapatkan suntikan penggalak serta mengambil langkah pencegahan lain.
Sementera itu, di Wilayah Osaka, barat Jepun telah merekodkan sebanyak 22,047 kes, mengatasi rekod 21,976 yang dicatat sehari sebelumnya, manakala Wilayah barat daya Fukuoka melaporkan 10,752 kes, juga melebihi 10,000 buat kali pertama.
Menteri kesihatan Shigeyuki Goto berkata lonjakan kes yang mendadak ini bakal memberi kesan buruk kepada golongan berisiko tinggi.
"Kes yang tinggi ini boleh meningkatkan bilangan pesakit yang mengalami simptom teruk dan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kumpulan kepada orang berisiko tinggi.”
Di sebalik lonjakan kes COVID-19 yang tinggi, kerajaan Jepun telah memaklumkan bahawa negara itu tidak bercadang untuk mengenakan sekatan pergerakan kepada rakyatnya.
Dalam mesyuarat panel penasihat COVID-19, beberapa panel meminta kerajaan mempertimbangkan sekatan seperti meletakkan wilayah yang mencatat kes tinggi di bawah keadaan kecemasan, kata ketua panel, Takaji Wakita.
Takaji turut menambah, meskipun peningkatan jangkitan baru-baru ini datangnya dari kalangan mereka yang berumur 60-an, namun remaja dan kanak-kanak adalah golongan paling terdedah dalam gelombang ketujuh itu.
Sumber – Kyodo News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).