HIBURAN
Jeremy Bong Jadi Trauma Ditegur Aktres Senior Ketika Berlakon - “Masa itu Masuk Bilik Tandas, Aku Menangis”
Pelakon Jeremy Bong berkongsi pengalaman dia dimarahi dan diherdik seorang pelakon wanita senior ketika awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Diherdik depan orang
Menerusi perkongsian ketika jadi tetamu di podcast Sembang Seram, Jeremy memberitahu aktres itu menegur lakonannya di hadapan orang ramai.
“Masa itu aku sangat baru, masa aku berdialog pelat lagi, lagi teruk daripada sekarang. Aku tak reti apa itu close up, middle shot, blocking, tak reti langsung. Tapi aku dapat watak yang penting.
“Masa itu aku dengan pelakon perempuan tu, tak baik la sebab aku tak reti berlakon, dia cakap dengan aku depan semua orang ‘Jeremy, kalau tak reti berlakon, jangan ambil job, jangan menyusahkan orang, faham’.
“Dia leading la untuk drama itu dan dia pun pandai berlakon. Dia boleh switch, maknanya masa berlakon, dia betul-betul tapi bila cut (berhenti) dia buat muka.
“Dia cakap ‘penat la, takkan setiap hari nak balik lambat. Dialog ingat tak?’. Dia mampu sebab dia power. Aku tak boleh nak bertukar,” kongsinya.
Jadi trauma
Disebabkan teguran itu, Jeremy menangis dan menjadi trauma sehingga memilih untuk tidak mengikuti laman sosial aktres tersebut.
“Masa berhenti, aku masuk bilik tandas, aku menangis. Tapi bila dah habis, dia ada minta maaf dengan aku. Dia cakap elok-elok dengan aku. Dia mesej cakap dia patut kawal emosi dan tak patut cakap begitu.
“Aku pun maafkan dia la. Sampai sekarang aku tak boleh move on. Aku unfollow dia, aku tak boleh nampak muka dia. Kadang-kadang dia buat benda viral, aku akan swap.
“Aku takut… aku trauma. Bayangkan masa itu aku tak yakin, tak reti nak berdialog. Stesen TV yang pilih aku. Tapi dia tak sokong tapi sekurang-kurangnya jangan la menghina.
“Dia cakap depan semua orang. Kau bayangkan perasaan itu. Balik rumah menangis, masa drive menangis… tiga bulan,” katanya.
@sembangseram Sedihnya kena buli mcmni, sabar ya #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #JeremyBong #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Pelakon #KenaBuli ♬ original sound - sembangseram
Must-Watch Video