Bersempena ulang tahun kelahiran Risteena Munim yang ke-31, pelakon Ruhainies membuat kejutan dengan menghadiahkan sebiji kek berbentuk lipas, semalam (19 November).

Menurut Ruhainies, 28, kakaknya memang takut dengan serangga itu sejak kecil lagi.

"Surprise!! Hahahaha. Happy birthday sweet 17 @nur_risteena. Saya harap awak suka kejutan ini.

"Saya memang dah lama rancang kek ni tempah khas untuk Risteena. Sebab dia dari kecil lagi punya takut lipas tu kalau jerit boleh gegar bangunan. Korang rasa dia makan tak kek tu?" tulisnya.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG) itu disertakan sekali dengan rakaman video yang menunjukkan reaksi terkejut Risteena sambil diperhati tunangnya, aktor Isa Khan.

A post shared by @ruhainies7


Walaubagaimanapun, Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas turut mendapat sebiji lagi kek berwarna putih dan sejambak bunga ros.

Sambutan hari lahir itu diadakan di sebuah restoran yang dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

Instagram: @ruhainies7, @madaboutcake_official & @lovit_hq