Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jijik, Siap Pakai Baju Kurung Sekolah! Netizen Naik Hantu Tengok Patung Seks Berupa Kanak-Kanak Perempuan Dijual Secara Terbuka Di Platform Online

Izwan Isa
30/06/2023 12:20 MYT
Seorang pengguna Twitter membuat pendedahan mengenai patung seks berupa kanak-kanak yang dijual secara terbuka menerusi sebuah platform beli-belah atas talian.

Menerusi perkongsian yang dibuat, setiap patung itu dijual pada harga antara RM800 hingga RM3,000.

BACA: "Kena Sentiasa Cek" - Caprice Nasihat Ibu Bapa Pantau Phone Anak, Khuatir Baca Novel Online Berunsur Seksual

Pada perkongsian tangkap layar, patung-patung itu lengkap berpakaian baju kanak-kanak, dan ada juga yang mengenakan baju kurung sekolah.

Berdasarkan tangkap layar itu, hampir kesemua akaun seller berpangkalan dalam negara iaitu di Selangor.

“Jadi kawan saya sedang scroll aplikasi jual beli dan ternampak satu permainan seks. Apa yang buatkan ia tidak boleh diterima ialah permainan itu menyerupai badan kanak-kanak.

“Ia sangat menjijikkan,” tulis akaun Twitter berkenaan.

Meninjau balasan yang dibuat oleh pengguna Twitter lain, rata-rata turut memberikan pandangan serupa dan melahirkan rasa jijik terhadap penjual dan pembeli.

BACA: Ibu Terkejut Anak 14 tahun Tiba-Tiba Bersalin, Dedah Lakukan Seks Dengan...

Dalam pada itu, menerusi laporan media, platform jual beli online berkenaan berjanji akan mengambil tindakan terhadap perkara berkenaan.

Tinjauan Gempak mendapati, kedai-kedai yang menjual patung tersebut juga sudah dipadamkan daripada platform berkenaan.

#Patung Seks Kanak-Kanak