Laman Utama
“Kena Sentiasa Cek” - Caprice Nasihat Ibu Bapa Pantau Phone Anak, Khuatir Baca Novel Online Berunsur Seksual
Penyanyi rap, Caprice menasihatkan ibu bapa agar memantau telefon bimbit anak-anak bagi mengawal kandungan digital yang diakses mereka.
Caprice menerusi ruangan Instagram Story miliknya berkongsi tangkap layar pengakuan seorang ibu yang terkejut dengan kandungan digital berbentuk novel atas talian yang dibaca oleh anaknya.
“Cap untuk novel online pun sama, saya baru cek telefon anak perempuan saya, ada satu aplikasi untik novel dan saya baca…
Advertisement
“Novel berunsurkan seks, menggigil tangan saya, terus padamkan semua aplikasi yang dia muat turun. Saya cek Whatsapps, Telegram, Instagram, Facebook, Twitter, semua!
“Ya Allah takutnya, sumpah takut! Saya takut dia nak cuba rasa selepas dia baca. Sampai sekarang saya akan cek telefon dia seminggu sekali,” luah wanita berkenaan.
Disebabkan itu juga Caprice berharap agar ibu bapa sentiasa peka sikap dan juga gajet yang diberikan kepada anak-anak.
“Sebab itu kita kena sentiasa cek telefon bimbit anak kita,” tulis Caprice.
Terdahulu, sebuah novel tular apabila netizen mendakwa bahan bacaan tersebut memiliki unsur-unsur seksual dan pedofilia dijual secara terbuka di pasaran.
Malah Caprice sendiri meluahkan rasa kesal selepas mendapat tahu mengenai novel berkenaan.
Lebih mengejutkan Caprice lagi apabila novel itu merupakan hasil novelis berusia 23 tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video