Laman Utama

“Jika Dikritik Saya Terima Dengan Hati Terbuka” - No More Megah Holding! Hariz Hamdan Cabar Diri Keluar Zon Selesa

gempak
Mya Amri
14/04/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Jika Dikritik Saya Terima Dengan Hati Terbuka” - No More Megah Holding! Hariz Hamdan Cabar Diri Keluar Zon Selesa
Pelakon, Hariz Hamdan sedia menerima kritikan penonton selepas bertekad untuk mencabar diri lari daripada membawa watak anak orang kaya.
Cukup sinonim dengan drama-drama ‘Megah Holding’, Hariz, 21, enggan dilabel sebagai pelakon stereotaip.
“Saya masih muda dan perjalanan karier saya masih panjang. Saya tidak mahu dikenali dengan satu watak sahaja.
“Justeru, tahun ini memang saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai watak berbeza. Jika dikritik, saya menerima dengan yang terbuka.
“Kritikan adalah perkara yang baik jika dilihat daripada sudut positif, ini bermakna ada orang menonton drama lakonan saya,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Hariz, walaupun masih baru dalam dunia seni namun dia bersyukur apabila bakatnya mendapat kepercayaan banyak pihak.
Berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Hariz yang kini dikenali peminat dengan watak Azhar dalam drama Andai Itu Takdirnya bersyukur lakonannya menarik perhatian peminat.
“Memang drama ini membawa tuah kepada saya, kerana sekarang jika ke mana-mana orang tidak panggil saya Hariz Hamdan tetapi Azhar.
“Dikenali dengan nama watak adalah satu penghargaan buat seorang pelakon dan saya cukup seronok apabila mengetahui lakonan saya diterima ramai,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beberapa lagi lakonannya yang menanti tayangan adalah Alamak Lagi-Lagi Dia (TV OKEY) bermula 24 April dan Sis Sayang Kamu (TV OKEY) pada 27 April serta filem Jemputan Ke Neraka yang akan berada di pagawam pada 22 Jun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024