HIBURAN
Fatiya Latiff Bertelekung Putih Alunkan Surah Saba', Luah Rasa Sayu Ramadan Bakal Berlalu - "Saya Harap Kita Dapat ..."
Pelakon Fatiya Latiff sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas tular video dirinya mengalunkan Surah Saba’ dalam keadaan bertelekung putih dalam program Geng Ngaji musim keenam.
Menerusi video yang kini meraih ribuan tontonan di media sosial, Fatiya dilihat membacakan ayat suci Al-Quran dengan penuh penghayatan.
Jelas Fatiya, keputusannya untuk menyertai Geng Ngaji sebagai mengambil keberkatan 10 malam terakhir Ramadan.
"Saya rasa bulan Ramadan ini lebih baik kalau ikuti program sebegini sebab dapat lebih menenangkan hati.
"Lebih berkat kalau buat program sebegini lagi-lagi dah 10 malam terakhir Ramadan," ujarnya.
Di akhir bacaan, Fatiya mendapat pujian daripada panel hos rancangan itu.
"Sebutan Fatiya okey, not bad. Hanya ada sedikit-sedikit sahaja kekurangannya," ulas pengendali program itu.
BERITA TRENDING: Terbuat Sebab Stres, Fatiya Latiff Ada ‘Plan’ Nak Buang Tatu - “Mereka Tak Marah Yang Teruk Sebab Tahu Saya Akan…”
BERITA TRENDING: Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa
BERITA TRENDING: Fatiya Latiff Mengaku ‘Buat Muka’, Anggap Perkara Normal Masa Kini - “Saya Rasa Kalau Nak Mencantikkan Wajah Kita, Why Not”
Akhir rancangan itu, Fatiya sempat menzahirkan rasa sayu memandangkan bulan Ramadan bakal berlalu tidak lama lagi."Saya rasa sebak dan sayu sebab bulan mulia ini sudah nak habis tanpa kita sedari.
"Tapi saya mengharapkan kita dapat berjumpa Ramadan tahun hadapan dan sama-sama ambil iktibar daripada pengajian yang pernah kita lalui," tambahnya.
Ada yang memuji keberaniannya membaca ayat suci secara terbuka, manakala ada juga yang menganggap reaksinya sebagai sesuatu yang mencuit hati.
Biarpun sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, penampilan terbaru Fatiya ini menerima lebih banyak komen positif, dengan ramai yang berharap dia terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada agama.
Para penonton boleh menyaksikannya Geng Ngaji di Astro Oasis (saluran 106), On Demand, Astro Go, sooka, atau YouTube Gempak.
Must-Watch Video