Pelakon dan pengarah urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A. Rahman atau Boy Iman mengakui kesal apabila dirinya ditahan selama 18 hari oleh pihak polis.
Menurut Boy Iman, dia tidak terlibat dengan kes penipuan perumahan kos rendah yang dihebohkan di media sosial pada tahun lalu.
"Sebenarnya kes itu tiada kena mengena dengan saya dan setelah 18 hari direman kes tersebut telah digugurkan dan saya dibebaskan tanpa dakwaan.
"Jika dulu ditahan dan didakwa mungkin saya berpuas hati tapi perkara yang berlaku ini ternyata mencalarkan imej saya sebagai selebriti serta ahli perniagaan.
"Saya dibebaskan tanpa dakwaan dan saya rasa itu merupakan satu kezaliman serta penganiayaan pada saya.
"Saya nampak apa yang terjadi ini disebabkan wujud konspirasi politik dan penyalahaan penggunaan kuasa penjawat awam serta campur tangan NGO.
"Perkara ini juga menjejaskan nama saya serta membuatkan perniagaan saya jatuh dan repotasi saya sebagai selebriti turut terjejas," katanya.
Boy Iman berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Blok 404 di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum ini, Boy Iman didakwa kerana terlibat dengan kes penipuan perumahan kos rendah melibatkan jumlah kerugian RM6.2 juta
Syarikat berkenaan yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram