Hiburan

"Jika Hujan Lebat, Air Naik Dengan Sampah-Sampah" - Keluarga Ini Terpaksa Tinggal Bersebelahan Pusat Pembuangan Selama 20 Tahun!

gempak
Hanafis Haris
14/05/2020
09:29 MYT
Sponsor Banner
"Jika Hujan Lebat, Air Naik Dengan Sampah-Sampah" - Keluarga Ini Terpaksa Tinggal Bersebelahan Pusat Pembuangan Selama 20 Tahun!
Penceramah dan pendakwah bebas ustaz Ebit Lew sekali lagi meruntun jiwa warga maya apabila berkongsi kisah mengenai sebuah keluarga yang terpaksa mendiami pondok kecil selama 20 tahun.
Namun, apa yang lebih menyedihkan, pondok berkenaan betul-betul terletak bersebelahan dengan pusat pembuangan sampah di Kelantan.
Kisah tersebut dikongsi Ustaz Ebit menerusi satu posting di Facebooknya semalam.
Menurutnya, pondok tersebut didiami seorang wanita warga emas berusia 70-an bersama anak dan cucuknya.
"Takde rupa rumah langsung. Sedihnya rasa, jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan tadah air.
"Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal disitu.
"Sebaik sampai mereka semua kenal saya, adik tu menangis. Dengar kisah hidup mereka buat saya menangis, ada yang tak habis sekolah.
"Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu, rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang," katanya.
Tambah Ebit, dia telah memujuk keluarga tersebut pindah dan segala bayaran sewa dan bil air api ditanggunggnya.
"Mereka setuju nak pindah terharu nak pindah. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini.
"Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini. Saya rasa berdosa dan bersalah yang amat sangat," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live