Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendedahkan dia tidak akan menjual dokumentari 'Finesse: The 16 Baris Story' kepada mana-mana penyiar lain.
Menurut Joe, jika dia mengikut perasaan tamak akan menyusahkan peminat untuk mengakses dokumentari itu.
"Jika saya ingin menjadi seorang yang tamak, saya boleh menjual program ini ke mana-mana stesen televisyen.
"Namun, saya fikirkan peminat yang tidak mempunyai medium untuk menonton televisyen atau mana-mana aplikasi yang berbayar," katanya.
Joe ditemui pada majlis pelancaran dokumentari Finesse: The 16 Baris Story yang berlangsung di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Isnin lalu.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 39, berkata ini merupakan pertama kalinya rancangan muzik Malaysia langsung terus ke Youtube.
"Saya rasa ini antara sebab kenapa konsert pada Ogos lalu mendapat sambutan hangat.
"Lagipun, generasi sekarang adalah generasi Youtube. Bukan sahaja anak-anak muda bahkan termasuk diri saya.
"Secara jujurnya, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton Youtube daripada televisyen.
Dokumentari 'Finesse: The 16 Baris Story' yang berdurasi 30 minit menyingkap bagaimana 45 suara rap terunggul Asia Tenggara bertarung antara satu sama lain dalam seni hip hop paling tradisional iaitu perlawanan kata-kata secara spontan atau 'freestyle'.
Zulaikha Yusof
Wed Dec 12 2018


Idris Khan Terkejut, Dakwa Difitnah - “Ada Pihak Guna Kedudukan & Kuasa Dengan Peras Ugut”
Akhirnya Idris Khan tampil bersuara!

“Anak-Anak Dah Makin Membesar…”- Datuk K Minta Siti Nurhaliza Ada Masa Untuk Anak
Siti Nurhaliza patuh pada kehendak Datuk K

Lancang Bethol | Syamsul Yusof - "Habis cerita mak bapak aku keluar, i have no time for this bull***
Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil bersuara, katanya bukan melarikan diri dari masalah, tapi sedang memperbaiki kemelut rumahtangga bersama isterinya, Puteri Sarah. Jom layan video penuh sekarang! #LancangBethol

“Kenapa Hati Busuk? Aku Tak Kacau Hidup Kau”- Normah Damanhuri Terkilan Anak Buat Baik Pun Dikecam
Kadang kita tak kacau orang tapi orang yang kacau kita.

Honey Lee Dapat Baby Girl, Selamat Bersalin Anak Sulung
Tahniah Honey Lee

Netizen Puji Syahmi Sazli Ambil Pelakon Istimewa Berlakon Filem 35mm - “Semoga Maju Jaya Syahmi”
Setuju!

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP6
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu peserta paling banyak masuk audition! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Ada Individu Menyamar Dirinya Untuk Perdaya Wanita
Nasib baik Aedy pantas buat report!

“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat
Berilah pada yang memerlukan.