Dengan hanya lima batang pokok ketum, penduduk luar bandar mampu menjana pendapatan RM1,000 hingga RM2,000 jika tanaman itu ‘dihalalkan’ untuk tujuan eksport.
Selain itu, pengeksportan daun ketum juga mampu menjana pendapatan besar buat negeri ini selain meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, beberapa agensi dadah dan perubatan antarabangsa sebelum ini telah menyatakan bahawa daun ketum dari Perak Utara, Kedah dan Perlis berkualiti terbaik dan berpotensi dieksport.
Menurut beliau, sekiranya kerajaan meluluskan penanaman pokok ketum, ia bakal menjadi projek besar buat Perlis bagi mengubah landskap ekonomi penduduk negeri ini.
“Thailand boleh jana sekitar USD 1 bilion iaitu kira-kira RM4 bilion hasil eksport ketum dan bayangkan pihak lain yang dapat faedah ini sedangkan kajian dah tunjukkan tanaman daun itu di tiga negeri ini termasuk Perlis adalah yang terbaik.
“Selain itu, sekiranya tanaman daun ketum ini diluluskan, kita juga boleh laksanakan kempen supaya belia tidak lari ke bandar dan usahakan penanaman di sini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Merdeka Keluarga Malaysia@Padang Besar di Kampus Uniciti Alam Sungai Chuchuh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dilaporkan berkata, pindaan terhadap undang-undang membabitkan penggunaan ketum dan ganja perlu mengambil kira aspek penyalahgunaan dalam kalangan masyarakat sebelum sebarang penetapan dibuat.
Kata Azlan, pindaan undang-undang itu mungkin dilihat baik namun bagi tempoh masa panjang ia berkemungkinan akan memberi kesan buruk kepada masyarakat seperti mana berlaku di New Orleans, Amerika Syarikat.
Sumber: Utusan Online
Gempak
Sun Aug 14 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko