Laman Utama
Jiran Buat Laporan, Bengang Renovasi Rumah Song Joong Ki Buat Struktur Jalan Berubah
Aktor terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki sedang berdepan konflik dengan jiran selepas mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan kerana tidak berpuas hati dengan kerja kerja renovasi kediamannya.
Joong Ki difahamkan telah menjalankan kerja renovasi sejak Februari 2020. Kediaman sedia ada dikatakan mahu diperbaharui dan menjadi lebih mewah.
Bagaimanapun tindakan Joong Ki membuat masalah lainnya apabila penduduk di kawasan kediamannya di Itaewon. Mereka mendakwa struktur jalan di situ mengalami perubahan selepas tanah di sekitar ditolak. Struktur jalan kata mereka lagi menjadi lebih tinggi dari sebelumnya.
Melalui agensinya, HiStory D&C, Joong Ki memberi pencerahan mengenai berita yang tersebar.
"Kami sedang berusaha yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini," kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan AllKPop.
Dalam kenyataan yang sama, aktor tersebut tidak menafikan terjadi masalah seperti yang dilaporkan jiran jirannya.
"Apa yang terjadi tidak disengajakan apabila sturuktur jalan telah berubah selepas tanah di kawasan keliling rumah ditolak.
"Namun pihak berkuasa sudah meminta kerja kerja pembaik pulih segera dilakukan," katanya lagi.
Mereka juga menambah akan menyelesaikan isu tersebut demi kebaikan semua dan tidak bermaksud untuk mengundang masalah semasa proses renovasi dijalankan.
"Ingin ditegaskan, kami bukan sengaja melambatkan kerja atau sama sekali tidak memberi respon kepada konflik ini," katanya lagi.
Must-Watch Video