“Dapat jiran perangai macam syaitan,” itulah keluhan netizen setelah melihat satu video tular berkaitan seorang jiran yang didakwa sesuka hati membakar mercun di kawasan perumahan.
Menerusi entri berdurasi 50 saat tersebut, dapat didengari pemilik video itu menjerit bertanyakan sebab kepada penggunaan mercun berkenaan, tetapi tidak mendapat sebarang respons oleh jirannya.
“Dia baling belakang pula, Kenapa dengan Encik Salim tu? Encik Salim kenapa Encik Salim?!” soal pemilik video itu.