Baru-baru ini, tular video memaparkan satu individu ‘bertekak’ dengan seorang mekanik berkaitan isu pembaikan kereta.
Menerusi kapsyen entri yang dibuat oleh satu akaun di Platform X, difahamkan lelaki tersebut telah membelanjakan sebanyak RM8,000 untuk membetulkan enjin kereta, namun masalah itu masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh mekanik berkenaan.
“Bayar RM8,000 tapi rosak lagi! Pelik betul dengan mekanik ni. Repair kereta sampai RM8,000 lebih. Enjin masih lagi bermasalah.
“Bila call dan Whatsapp tak nak balas, tanya pekerja, pekerja suruh bincang dengan bos pula,” tulis akaun itu.