Anggota kumpulan BLACKPINK, Jisoo sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Ahn Bo Hyun.

Berita tersebut mula tersebar apabila laman berita Dispatch berkongsi gambar mereka bertemu di rumah Jisoo.

Dalam perkembangan lain, YG Entertainment dan FN Entertainment selaku agensi dua bintang tersebut turut mengesahkan berita berkenaan.

Kedua-dua agensi tersebut menerusi satu kenyataan berkata: “Mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dengan perasaan positif.

“Kami berasa bersyukur jika anda semua menyambut hangat hubungan mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Lisa BLACKPINK turut digosipkan sedang bercinta dengan CEO TAG Heur dan waris kepada pemilik LVMH. Namun, masih belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak.

BACA: YG Nafi Jisoo BLACKPINK Bercinta Dengan Son Heung Min​