Hiburan
"Jodoh Di Tangan Tuhan" - Gayatri Ulas Hubungan Dengan Zul Ariffin
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai tidak menolak seandainya jodohnya bersama aktor kacak Zul Ariffin.
Kata Gayatri, dia selesa bersama Zul dan memahami diri masing-masing.
"Orang akan terus membuat andaian dan saya tidak boleh berkata apa-apa.
"Buat masa sekarang saya selesa bersama dengan Zul, sejak dulu lagi pun dan masing-masing memahami satu sama lain.
"Who knows, we shall see! Jodoh di tangan Tuhan," jelas Gayatri kepada Gempak.
Gayatri ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah di WOW Kuala Lumpur hari ini.
Filem Hantu Kak Limah membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Dalimawati dan penampilan khas Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Filem arahan Mamat Khalid itu akan ditayangkan pada 9 Ogos 2018.
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video