Bintang Game of Thrones Sophie Turner dilaporkan hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas.

Memetik laporan Daily Mail UK, Joe, 30 dan sophie, 23, dilihat berada di lapangan terbang untuk berlepas ke Milan, Itali bagi menjayakan siri jelajah kumpulan itu di Eropah.

Sophie dilihat mengenakan baju panas longgar beserta jaket kulit dan seluar.

Memetik laporan sumber, Joe dan Sophie masih merahsiakan berita gembira ini.

“Pasangan ini tidak mahu menghebohkan perkara itu tetapi rakan-rakan dan keluarga sangat teruja untuk mereka.

“Sekarang Sophie lebih memilih baju untuk dipakai ketika acara karpet merah memandangkan bentuk badannya sudah berubah,” kata sumber itu kepada Just Jared.

Biar pun berita itu sudah tular, pasangan itu masih merahsiakan perkara itu dan enggan memberi sebarang kenyataan.

Joe dan Sophie mendirikan rumah di Las Vegas pada Mei 2019 selepas membuat persembahan pada Anugerah Muzik Billboard di Los Angeles.

Majlis resepsi serba mewah pasangan ini diadakan di Château du Martinay di Carpentras, selatan Perancis pada Julai 2019.