Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

Amri Hassan
14/10/2024 04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.

BERITA TRENDING: “10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

Jelas Jofliam, bekas isterinya itu seharusnya perlu memaklumkan keberadaan dan menjaga maruah sebagai seorang wanita.

"Wahh mak dia pun sama naik. Patut telefon Han bertubi-tubi. Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah, awak kena patuh kepada suami awak. Awak keluar tak bagitahu pergi mana.

"Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

"Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain.

"Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia. Sekarang ni apa beza awak dengan kes viral sebelum ini. Awak cakap Dewi tak jaga hati awak dalam tempoh iddah," katanya dalam hantaran video di Instagram Stories.

BERITA TRENDING: Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

Dalam siri hantaran video sama, Jofliam turut menasihati golongan wanita agar menjaga maruah diri dan menghormati tempoh iddah selepas bercerai.

"Kepada semua perempuan di luar sana, awak boleh sokong perempuan tapi dalam masa yang sama tolong letak maruah korang di tempat yang paling tinggi.

"Korang dah tahu orang tu buat salah, fikir guna otak. Nak kenen lepas habis iddah. Sekarang dua-dua dalam keadaan iddah," ujarnya.

Akui Jofliam, tiada perasaan cemburu dalam hatinya sebaliknya malu sebagai bekas suami melihat tingkah laku bekas isterinya itu.

"Saya tak rasa cemburu cuma rasa malu. Sebagai bekas suami, saya ada bekas isteri yang beriya-iya nak bekas suami orang yang isterinya masih dalam keadaan iddah juga.

"Saya malu. Dengan bangga update dekat posting," tambahnya.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

BERITA TRENDING: Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”

#Viral #Kontroversi #cerai #Usahawan #Influencer #Dewi #Pizza #Iddah #Jofliam #Cik Epal
;