Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji

Awani
10/06/2024 02:01 MYT
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud işu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
 
Beliau menyatakan kekeliruan itu wujud semasa hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pesawat SAUDIA.

Syukur kekeliruan dapat diselesai

Beliau yang ditemui bersama isteri, aktres Ozlynn, bagaimanapun memanjatkan kesyukuran setelah kekeliruan tersebut berjaya diselesaikan.
 
Johan, ketika ditemui di Mekah, menceritakan situasi itu berlaku apabila nama penuhnya tidak tercetak pada visa miliknya.

Bagaimanapun, dirinya tetap tenang berhadapan dengan masalah tersebut dan beranggapan ia sebagai satu ujian buat dirinya sebelum berlepas ke Mekah. 

“Alhamdulillah, selepas lebih sejam berurusan dengan pihak penerbangan, isu itu dapat diselesaikan,” katanya.

Johan dan Ozlynn merupakan antara 13 pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.

Berita Trending: Nahas Rombongan Guru: Salah Seorang Mangsa Sempat Video Call Suami Sebelum Nahas

Berita Trending: TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru

Berita Trending: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

Berita Trending: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

Berita Trending: Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling…

 
Mereka telah berangkat pada 7 Jun lalu, pada jam 5.30 petang dan selamat tiba di Mekah pada awal pagi keesokan hari.
 
Mereka juga menyertai delegasi media, antaranya dari Astro AWANI, Bernama TV, TV Alhijrah, Utusan Malaysia, dan Utusan TV yang membuat liputan musim haji tahun ini.
 
Kesemua mereka mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
 
Sumber: Awani


 
#Johan #Haji #Pesawat #Syukur #Terlepas #Rajalawak