Pelawak dan penyampai radio, Johan, berhasrat menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria.
Akui artis pelbagai bakat ini, penderitaan dihadapi pelarian dari negara bergolak berkenaan, khususnya kanak-kanak, amat menyentuh hatinya membuatkan beliau menyalurkan sebahagian daripada wang kemenangan RM100,000 program itu, Oktober lalu, kepada mereka.
Suami kepada pelakon Ozlynn Watie itu percaya, pemberian yang ikhlas juga akan membuatkan rezeki seseorang bertambah.
"Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat," katanya ringkas.
Johan atau turut berkata, beliau akan menggunakan saluran betul supaya sumbangan dihulurkan benar-benar sampai ke tangan pihak memerlukan.
Selain itu, penyampai Era FM ini juga memasang impian untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan.
"Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.
"Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah," katanya ketika ditemui BH Online, baru-baru ini.
Sumber: BH Online
Syafiqah Jalal
Mon Jan 16 2017
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.
Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”
Jangan gaduh gaduh di ruangan komen ya.
Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Ruhainies anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.