Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

Amri Hassan
09/09/2024 13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

Johan atau mesra dengan panggilan Jojo berkongsi perkara tersebut di laman Facebook miliknya selain turut memuat naik video keadaan tangannya itu.

Menurut Jojo, dia mengalami kecederaan tersebut enam minggu sebelum perlawanan yang menyaksikan dia menumbangkan Cruz dalam aksi di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat.

Malah, Jojo berkata, dia hampir menarik diri namun bersyukur kerana sempat pulih sebelum aksi menentang petarung Mexico itu.

"Inilah tangan Jojo yang patah sebelum lawan lagi dah patah. Jojo hampir tarik diri dan ramai tak tahu.

"Tetapi, Alhamdulillah Allah bagi semangat," katanya.

BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

BERITA TRENDING: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Tewas Di One Championship

Dalam aksi menentang Cruz itu, Jojo hanya memerlukan satu pusingan untuk menumbangkan lawannya itu secara knockout (KO).

Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
#Sukan #Muay Thai #Patah Tangan #Jojo Ghazali #ONE Championship #Josue Cruz