Sukan
"Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali
Sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar melaungkan amaran akan bangkit lebih kuat selepas tewas kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Sabtu.
BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Tewas Di One Championship
Muhammad Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berkata, kekalahan tersebut hanya sebahagian daripada halangan kecil dalam perjalanan jauh yang perlu diharunginya."Jangan nilai saya atas kemenangan saya, nilai saya bagaimana saya kembali dari kekalahan saya.
"Terima kasih atas sokongan semua, ini hanyalah satu halangan kecil dalam perjalanan dan saya akan bangkit. Terima kasih semua," katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Sabtu.
BERITA TRENDING: One Championship: Beri Tentangan Sengit Pada Juara 5 Kali Vietnam, Jojo Ghazali Tewas Menerusi Keputusan Pengadil
BERITA TRENDING: Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu
BERITA TRENDING: Masuk Form 5 Tak Sampai 3 Bulan, Sering Tidur, Jojo Ghazali Puas Hati Dengan Keputusan SPM - “Shocking Jugalah…”
BERITA TRENDING: “Dulu Orang Selalu Cakap Muay Thai Tak Dapat Jadikan Kerjaya” - Reward Diri, Jojo Ghazali Beli Jam Tangan Rolex
BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Disifatkan Fenomena, Dinobat Breakout Star of The Year oleh ONE Championship
BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!
Biarpun tewas, Johan,17, berjaya menampilkan aksi garang dan menghiburkan sepanjang pertarungan tiga pusingan Flyweight itu.Tran Duy yang berusia 35 tahun menggunakan pengalamannya dalam pertarungan tersebut untuk meraih mata demi mata dalam tiga pusingan sebelum diumumkan sebagai pemenang dengan kiraan mata.
Kekalahan itu menyaksikan rekod tanpa kalah Johan dalam enam pertarungan lebur selain turut terlepas peluang meraih bonus prestasi AS$50,000 (RM235,332.68).
Must-Watch Video