Bintang sensasi muay thai negara, Johan Jojo Ghazali nampaknya mengakhir tahun 2023 dengan sebuah lagi kenangan manis apabila dinobatkan sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 (Breakout Star of The Year) oleh ONE Championship.

Pengiktirafan tersebut diumumkan menerusi kenyataan di laman sesawang rasmi ONE Championship selepas mempamerkan aksi luar biasa sepanjang saingan musim ini.

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)


Jojo atau nama sebenarnya Muhamad Johan Ghazali malah disifatkan ONE Championship sebagai satu fenomena terbesar yang telah dicatatkan oleh petarung dengan usia hanya baru 17 tahun.

“Masa depan beliau nampak sangat cerah dalam sensasi sukan Muay Thai,” tulis catatan di Instagram ONE Championship, semalam.

Petarung yang berasal dari Sarawak ini menjadi sensasi selepas menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship.

Dia mencipta sejarah apabila menumbangkan Tabares dengan tumbukan padu dalam tempoh 36 saat pertarungan bermula!

BERITA TRENDING: Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares

Dan itu bukan satu-satunya rekod yang pernah dicipta Jojo. Pada Februari lalu Jojo menumbangkan Padetsuk Fairtex dari Thailand dengan masa terpantas hanya 16 saat pada kemunculan sulung di arena ONE Championship ketika usianya hanya 16 tahun.