Laman Utama
Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares
Hanya masuk gelanggang 36 saat, jaguh muay thai sensasi negara, Johan 'Jojo' Ghazali menumpaskan Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya pada aksi Primetime US, ONE Championship di Bangkok, Thailand.
Pemilik nama sebenar Muhammad Johan Ghazali Zulfika menundukkan lawannya yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC menerusi knockout pada pusingan pertama.
Jojo, 17, yang mewakili Rentap MuayThai Gym, pada awalnya diasak di bahagian kaki sebelum melakukan lima serangan balas di muka dan badan Tabares dari pasukan Fighting Demons/Richard Cruz MuayThai.
Lawan berusia 29 tahun yang juga juara MuayThai Antarabangsa WBC itu nyata tidak dapat menampung serangan dilakukan Jojo sehingga menyaksikan Tabares tertunduk menahan kesakitan sebelum Jojo diisytiharkan sebagai pemenang menerusi keputusan knockout.
Petarung sensasi muda negara yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.
Must-Watch Video