Jojo Ghazali Kongsi Rutin Sebelum Bertarung - “Saya Akan Lakukan Solat Sunat & Fokus”
Mya Amri
03/10/2024 00:55 MYT
03/10/2024 00:55 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali tidak mempunyai sebarang rutin tetap sebelum memulakan pertarungan.
Lakukan solat sunat
Bagaimanapun kata Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, setiap kali sebelum pertarungan bermula, dia akan melakukan solat sunat dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan yang disertai.
“Sebenarnya saya tak ada rutin yang sama sebelum memulakan perlawanan tapi saya akan lakukan solat, solat hajat, solat sunat untuk kosongkan minda saya.
“Saya juga akan memberikan fokus seratus peratus terhadap perlawanan yang disertai, tetapi ya, saya tidak mempunyai rutin yang tetap setiap kali pertandingan,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dapat Berlawan Dengan Orang Yang Tumbangkan Cruz” - Pak Azad K.O Lawan Jojo Ghazali Tapi Tetap Rasa Happy
ARTIKEL BERKAITAN:Pak Azad Bangga Dapat Fight Dengan Jojo Ghazali, Kak Lina Pula Hampir Pengsan?
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Mampu Lakukan Apa Saja Termasuk Berlakon" - Jojo Ghazali
ARTIKEL BERKAITAN:Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000
ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu
Terdahulu, Jojo sebelum ini terus membuktikan kejaguhannya apabila mengalahkan Josue Cruz dari Mexico dalam pertarungan ONE 168: Denver dengan keputusan 'knockout' (KO) September lalu.
Petarung berusia 17 tahun itu tampil dengan persembahan cukup agresif dan hanya memerlukan satu pusingan untuk menumbangkan Cruz.
Untuk rekod, kemenangan KO ke atas Cruz adalah yang kelima Jojo dalam aksi ONE Championship.
Dia merekodkan enam kemenangan daripada tujuh penampilan dengan lima kemenangan diperoleh menerusi pukulan KO.
Kemenangan turut menyaksikan Jojo membawa pulang wang tunai sebanyak RM216,500 atas kejayaannya menumpaskan lawan hanya dalam satu pusingan.