Hiburan
“The Joke Of Saying It’s Alif Satar When It’s Not, Really Just Not Funny,” – Isteri Aliff Satar
Isteri Alif Satar, Shadila Halid menanggap salah faham netizen yang mengaitkan nama suaminya dengan kontroversi Aliff Aziz itu tidak kelakar.
Shadila meluahkan isi hatinya itu menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya semalam.
“Honestly, the joke of saying it’s Alif Satar when it’s not is getting pretty old and really just not funny. It just shows how lame your jokes really are.
“So, if your intention is to be funny, you have failed and if your intention is to look dumb, congrats, you have succeeded,” tulisnya.
Semalam, Bella Astillah menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose menerusi akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon Alif Satar yang terkena tempias apabila masih ada peminat yang terkeliru dan menyangka mereka merupakan individu yang sama.
Terdahulu, Alif dan Shadila berkahwin pada 15 September 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang puteri, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
Dalam perkembangan terbaru, Shadila kini sedang hamil anak ketiga.
Must-Watch Video