Suudu

Jom, Masa Untuk Melawat Korea Selatan!

Badrul Hashim
30/07/2018
03:58 MYT
Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) akan menganjurkan promosi Minggu Restoran Halal bermula 16 Ogos hingga 14 Oktober 2018. Selama 60 hari promosi ini diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong beragama Islam untuk mengunjungi Korea Selatan.Memudahkan umat Islam.
Ini merupakan tahun ketiga acara promosi Minggu Restoran Halal Korea diadakan sejak dilancarkan pada 2016. Ia diwujudkan untuk memberi diskaun harga dan pelbagai faedah lain kepada umat Islam terutamanya, selain pelancong asing apabila mereka mengunjungi restoran-restoran mesra orang Islam yang ditetapkan oleh KTO.Maklumat untuk pengunjung.
Minggu Restoran Halal Korea bukan sahaja merupakan promosi diskaun untuk pelancong beragama Islam, tetapi juga memberi maklumat kepada mereka yang mengalami kesukaran mengetahui restoran-restoran yang menyajikan hidangan halal atau makanan yang dapat dinikmati oleh mereka tanpa berasa gusar.Bukan saja diskaun, tetapi juga maklumat.
Melalui usaha ini, KTO ingin membina reputasi Korea Selatan sebagai salah satu destinasi mesra umat Islam dengan menyediakan maklumat dan pelbagai faedah daripada restoran-restoran yang dipercayai.
Tahun ini, sejumlah 123 restoran mesra umat Islam akan menyertai acara promosi ini. Oleh itu, pelancong asing termasuk umat Islam akan berupaya mengambil peluang mendapatkan diskaun harga dan faedah-faedah lain sepanjang tempoh acara berkenaan.Buku kupon akan diedarkan ke luar negara.
KTO akan mengedarkan buku kupon Minggu Restoran Halal Korea melalui cawangan-cawangan luar negara utama mereka yang terletak di Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Bangkok, New Delhi, Dubai, Istanbul dan Almaty.Kupon juga boleh digunakan untuk tempat tarikan pelancong.
Buku kupon ini menyertakan 3,000KRW dan 10,000KRW kupon diskaun yang boleh digunakan di restoran-restoran, tarikan pelancong serta aktiviti-aktiviti lain yang telah dikhususkan yang mesra umat Islam.123 restoran mengambil bahagian.
Tahun ini, khususnya lebih 30 restoran mesra umat Islam akan menyajikan menu pratetap istimewa yang mana pengunjung boleh menggunakan kupon 10,000KRW bagi mendapatkan diskaun harga. Kupon diskaun boleh dimuat turun dengan mudah di laman sesawang rasmi www.hrwkorea.or.krBukan sekadar makanan Korea, tetapi juga Arab, Turki serta makanan Barat.
Apa tunggu lagi, makanan pun dah mudah! Jom ke Korea!
Sumber: Korea Tourism Organization
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Berita

Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

gempak
09/06/2024
22:00 MYT
Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.
Viral

Usahawan Rugi RM2 Juta, Kena 'Tikam' Kawan Baik! - "Saya Murung, Susut 20Kg, Hampir Bunuh Diri Sebab Stress"

gempak
23/03/2024
05:36 MYT
Ezan Ithnin yang hampir membunuh diri akibat tertekan ditipu oleh rakan baik sendiri.
Laman Utama

#Travelmana: Tawar Laluan KL-Eropah, Ini 4 Sebab Korang Perlu Pilih EVA Air!

gempak
28/08/2023
12:52 MYT
EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’