Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Jom, Masa Untuk Melawat Korea Selatan!

Badrul Hashim
30/07/2018 03:58 MYT

Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) akan menganjurkan promosi Minggu Restoran Halal bermula 16 Ogos hingga 14 Oktober 2018. Selama 60 hari promosi ini diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong beragama Islam untuk mengunjungi Korea Selatan.

Ini merupakan tahun ketiga acara promosi Minggu Restoran Halal Korea diadakan sejak dilancarkan pada 2016. Ia diwujudkan untuk memberi diskaun harga dan pelbagai faedah lain kepada umat Islam terutamanya, selain pelancong asing apabila mereka mengunjungi restoran-restoran mesra orang Islam yang ditetapkan oleh KTO.

Minggu Restoran Halal Korea bukan sahaja merupakan promosi diskaun untuk pelancong beragama Islam, tetapi juga memberi maklumat kepada mereka yang mengalami kesukaran mengetahui restoran-restoran yang menyajikan hidangan halal atau makanan yang dapat dinikmati oleh mereka tanpa berasa gusar.

Melalui usaha ini, KTO ingin membina reputasi Korea Selatan sebagai salah satu destinasi mesra umat Islam dengan menyediakan maklumat dan pelbagai faedah daripada restoran-restoran yang dipercayai.

Tahun ini, sejumlah 123 restoran mesra umat Islam akan menyertai acara promosi ini. Oleh itu, pelancong asing termasuk umat Islam akan berupaya mengambil peluang mendapatkan diskaun harga dan faedah-faedah lain sepanjang tempoh acara berkenaan.

KTO akan mengedarkan buku kupon Minggu Restoran Halal Korea melalui cawangan-cawangan luar negara utama mereka yang terletak di Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Bangkok, New Delhi, Dubai, Istanbul dan Almaty.

Buku kupon ini menyertakan 3,000KRW dan 10,000KRW kupon diskaun yang boleh digunakan di restoran-restoran, tarikan pelancong serta aktiviti-aktiviti lain yang telah dikhususkan yang mesra umat Islam.

Tahun ini, khususnya lebih 30 restoran mesra umat Islam akan menyajikan menu pratetap istimewa yang mana pengunjung boleh menggunakan kupon 10,000KRW bagi mendapatkan diskaun harga. Kupon diskaun boleh dimuat turun dengan mudah di laman sesawang rasmi www.hrwkorea.or.kr

Apa tunggu lagi, makanan pun dah mudah! Jom ke Korea!

Sumber: Korea Tourism Organization

#Pelancongan #Pelancongan