Melihat karya-karya yang baru sedia ada ketika ini, pastinya orang ramai turut merindui naskah lama yang pernah menghiburkan zaman muda atau kanak-kanak.

Berita baik untuk anda yang sedang mencari balik filem atau drama lama Astro kini melancarkan saluran baru dikenali sebagai FAM TV!

Menampilkan filem, drama siri serta animasi old school, pastinya saluran ini bakal menggamit memori lama anda.

Untuk makluman, antara filem yang bakal ditayangkan termasuklah Ace Ventura, Twins, Setinggan, Puteri Impian, Sixty Million Dollar Man dan banyak lagi.

Untuk drama siri pula adalah Full House, Coffee Prince, Mr. Bean, Phua Chu Kang, Under On Roof serta beberapa lagi siri popular sekitar 90-an.

Untuk animasi pula, Dexter Labratory, The Powerpuff Girls, Rugrats, Doreamon, Shin Chan dan Kampung Boy antara yang bakal ditayangkan.

Hebat bukan!

Jadi apa tunggu lagi tonton FAM TV bermula 15 Disember hingga 31 Januari ini di saluran 100 dan Astro Go.

Jangan risau ianya percuma untuk semua pelanggan Astro.