Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

Asyikin Mayudin
05/08/2024 09:25 MYT
Setelah dua tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Netizen Teruja

Malah video teaser filem terbitan Astro Shaw itu yang dimuat naik di Instagram turut mendapat perhatian warga maya yang meluahkan rasa teruja.

“Tak fasal-fasal saya nak kena tunggu lama. Esok nak tayang, hari ini announce tak boleh ke? Ha? Tak boleh?

“MEREKA KEMBALI, LET THEM COOK.

“Jozan is back!” komen beberapa warga maya.

Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Sinopsis

Filem ‘Baik Punya Ah Long’ menceritakan kisah dua beradik yang diminta oleh bapa angkat mereka untuk memulakan perniagaan, tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perniagaan.

Mereka memulakan perniagaan meminjam wang, namun demikian mendapat tentangan oleh beberapa 'Ah Long' yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Simpan Niat Untuk Bertudung, Hati Ozlynn Lebih Yakin Selepas Tunai Haji - “Maknanya Itu Adalah ‘Final Call’ Daripada Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool & Wolverine, Zizan Terkejut Orang Mula Beri Gelaran Supehero - “Saya Keluar Pergi Kedai Makan..”

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

#Johan #Zizan Razak #Astro #Jozan #Baik Punya Ah Long #Shaw #Filem Baik Punya Ah Long