,
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

Gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Zizan berkata, dia juga telah melihat beberapa hantaran yang dibuat oleh pengguna media sosial di TikTok ‘memberikan’ watak Deadpool Malaysia kepada dirinya.

Tersenarai

“Perkara ni dah kecoh sejak semalam dan saya sendiri tak tahu sama ada ia merupakan sebahagian daripada pemasaran Deadpool & Wolverine atau nama saya disunting pada ending credit filem berkenaan.
“Tapi kalau orang mengingatkan saya terhadap Deadpool Malaysia, saya ok sahaja. Walaupun orang sunting ke apa, tapi orang nampak saya ke situ,” katanya kepada Gempak.
Zizan mengulas mengenai namanya yang tersenarai sebagai antara ratusan pelakon filem Deadpool & Wolverine.

ARTIKEL BERKAITAN: "Masuk Rumah Dia Rasa Lain" - Terkesan Nenek Sudah Meninggal Dunia, Zizan Razak Jarang Balik Beraya Di Terengganu

ARTIKEL BERKAITAN: You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Untuk Zizan Razak, Ini Resipi Penuh Sup Tulang Merah

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank Dah Jadi Bapa, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur - “Jangan CGI Kan Lagi Anak Tu Ya”

Dalam masa sama, Zizan mendedahkan yang francais Deadpool merupakan antara francais filem kegemarannya.
“Deadpool filem kegemaran saya dan memang saya ikuti filem-filem Deadpool terdahulu. Ryan Reynolds pun idola saya dan saya sering jadikan dirinya sebagai rujukan untuk mempelbagaikan perwatakan ketika berlakon.
“Bila orang letak saya di situ, dengan artis yang saya minat… sedikit pun saya tidak rasa nak marah. Malah saya bangga,” katanya.
Sebelum mengakhiri bicara, Zizan memberitahu yang dia akan menonton Deadpool & Wolverine dalam masa terdekat.

“Patutnya saya tengok semalam, tapi jadual kerja tak mengizinkan. Jadi, saya akan memilih tarikh yang sesuai dan akan pergi menonton filem itu. Sudah pasti saya akan tunggu sampai ending credit, betul ke ada nama saya di situ,” tutup Zizan.

Selain Zizan, nama artis lain yang turut tersenarai termasuklah penyanyi Korea popular, Jennie BLACKPINK.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG