Pilu hati melihat rakaman pengguna TikTok yang memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tertidur ketika berjualan kerepek di kawasan luar sebuah kafe popular di Limbongan, Melaka.

Menerusi rakaman tersebut, peniaga cilik itu dilihat menongkat dagunya dengan bakul berisi kerepek sambil duduk di tepi longkang kecil menghadap barisan kereta yang sibuk beratur memesan minuman secara pandu lalu.

Dalam rakaman yang sama, kelihatan seorang individu yang turun daripada kereta dan menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak itu sambil mengejutkan dari tidur.

@danielalii

semoga Allah sentiasa lindungi ko dik??☺️

♬ Aku Bidadari Syurgamu - AmirullahMz

Meninjau di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa sedih dan syahdu memandangkan kanak-kanak yang seusia itu terpaksa melawan norma realiti dan terpaksa berjualan mungkin untuk membantu menambah pendapatan keluarga.

“Seusia yang sepatutnya dia tak perlu fikir masalah hidup tapi keadaan memaksa untuk adik ni matang awal dari yang sepatutnya.”

“Sedangkan budak-budak lain seronok main game atas katil dalam aircond, dia pulak penat cari rezeki. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dia.”

“Aku pernah jumpa dia kat situ waktu malam, dia baik weh peramah. Pernah hulur kat dia sikit. Tapi dia punya berdoa kat kita tu kita yang sebak.”

Dalam perkembangan terkini, pemilik akaun TikTok berkenaan berjaya mengumpulkan sedikit bantuan daripada netizen berjumlah RM1,055.

“Assalammualaikum, saya tutup dulu ya untuk sumbangan Adik Kerepek. Ini jumlah terkumpul dari kalian yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Doakan saya semoga dipermudahkan untuk mencari adik tu,” tulisnya.