Viral

Jual Senjata Api Mainan, Netizen Minta PDRM Ambil Tindakan

gempak
Gempak
23/01/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Jual Senjata Api Mainan, Netizen Minta PDRM Ambil Tindakan
Menerusi satu video yang tular di platform X, memaparkan seorang individu yang mengiklankan mainan yang mirip seperti senjata api di aplikasi TikTok.
Susulan itu, timbul kerisauan dalam kalangan netizen apabila senjata itu dijual secara terang-terangan, walaupun hanya sekadar mainan.
Malah, netizen turut menggesa agar tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa. “Tiktok jual senjata dah sekarang. Siap boleh shipping ke rumah. Bende ini dibenarkan ke?
“Tak kena ban pulak ya?
“@PDRMsia tolong siasat penjualan senjata api (switch-gun) dalam talian,” ujar seorang pengguna X.

Berita Trending: Hanya Jumpa Rangka, Misteri Kehilangan Bella Terungkai… Ini Luahan Kakak…

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan bahawa video yang mengiklankan senjata api mainan tersebut hanyalah sekadar taktik scammer untuk ‘memancing’ pengguna klik pada link iklan tersebut.
“Bukan pistol betul. Peluru dia rubber. Biasa lah tu buat misleading ads supaya orang click conversion ads. Advertiser nak meet KPI tu.
“Ada tengok Youtube, TikTok banyak scammer company. Dia run ads, nanti orang beli sampai plastik kosong/ada kad je. Nak minta refund takleh sebab website pun dah tak wujud,” tulis salah seorang netizen.
Sekadar info, di Malaysia, menurut akta Senjata memiliki pistol mainan juga adalah kesalahan dan boleh disabitkan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 367 ribu tontonan di platform X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live