,
Hiburan

Juara Dewi Remaja 2023, Nurel Bahrin Kongsi Strategi Untuk Kekal Dalam Industri - “Jangan Tunggu Benda Datang…”

Firdaus
31/12/2023
09:55 MYT
Juara Dewi Remaja 2023, Nurel Bahrin berkongsi perancangannya untuk bertahan dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Nurel, dia lebih memilih untuk berusaha mencari peluang berbanding berdiam diri dan menunggu perkara itu sampai kepadanya.

BERITA TRENDING: Aiman Amer & Nurel Bahrin Dinobatkan Sebagai Hero Dewi Remaja 2023

“Kita jangan tunggu benda datang, kita cari benda tu, so mungkin orang sebelum ni yang ‘sendu’ tidak mencari, tetapi menunggu.
“Kalau kita nak bertahan dalam bidang ni, lebih baik kita berusaha dan jangan banyak menunggu,” katanya kepada Gempak.
Nurel ditemui di CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur selepas siaran langsung pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023.
Sekadar info, Nurel telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi selepas dinobatkan juara Dewi Remaja 2023.
Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh syarikat media, Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro dan menampilkan Scha Alyahya selaku hos Mentor sepanjang lapan episod.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aiman Amer & Nurel Bahrin Dinobatkan Sebagai Hero Dewi Remaja 2023

gempak
29/12/2023
18:06 MYT
Tahniah
Laman Utama

Selepas 38 Tahun, Hero & Dewi Remaja Kini Bergabung! Scha Alyahya Pula Dipilih Sebagai Hos

gempak
31/10/2023
10:45 MYT
Hero Dewi Remaja 2023 dah nak start guys!
Laman Utama

Peserta Ujibakat Hero Dewi Remaja 2023 Ini Boleh Tiru Suara Haiwan! Anjing, Gagak, Kucing Semua Menjadi

gempak
20/09/2023
03:55 MYT
Dah la cantik, ada bakat yang unik!