HIBURAN
Juara Hero Remaja 2004 Zawen Anwar Aktif Bidang Kecergasan, Bantu Ibu Mentua Berniaga Di Restoran - "Saya Rasa Tak Sesuai Berlakon"
Juara Hero Remaja 2004, Zawen Anwar lebih fokus terhadap kerjayanya dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat swasta ketika ini.
Meskipun sudah tidak lagi aktif dalam bidang seni, Zawen akui masih menerima tawaran sebagai pengacara.
"Selepas tamat Hero Remaja, saya pernah mencuba berlakon tetapi saya merasakan kerjaya sebagai aktor tak sesuai untuk saya. Saya pernah bergelar pengacara dan aktif dalam bidang kecergasan.
"Sehingga kini, saya masih mendapat tawaran pengacaraan dan akan memenuhinya jika berkelapangan.
"Kini, saya menumpukan perhatian terhadap kerjaya sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat.
"Saya turut membahagikan masa dalam bidang kecergasan dan aktif dalam sukan kickboxing serta muay thai dan mendapatkan tauliah sebagai jurulatih.
"Pada waktu malam dan setiap kali ada waktu senggang, saya membantu keluarga di restoran," ujarnya kepada Gempak.
Zawen ditemui di previu berbuka puasa Sinar Ramadan 2025 di Restoran I-Dahlia Corner, Jalan Persiaran Stonor, Kuala Lumpur.
Seronok bantu keluarga
Dalam pada itu, Zawen memberitahu dia kini lebih seronok mengisi waktu malamnya dengan melayan pelanggan di restoran ibu mentuanya, Dahlia Aliruddin terutama menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi."Walaupun saya sering sibuk, saya seronok dapat membantu ibu mentua di restoran. Setiap hari, kita dapat jumpa ramai orang yang datang singgah menjamu selera," ujarnya.
.jpg)
Bufet ramadan murah
Sementara itu, Dahlia Aliruddin selaku pemilik Restoran I-Dahlia Corner teruja berkongsi tawaran menarik dengan harga berpatutan sempena kehadiran bulan Ramadan.Rempah ratus yang digunakan berasaskan bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan pelbagai lagi.
Saya akan memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan memenuhi kehendak dan memastikan proses masakan mengikut standard yang ditetapkan. Restoran ini juga menawarkan buffet dengan harga RM59+ (dewasa) dan RM39 ( 7 tahun – 12 tahun / warga emas / OKU ).
Restoran yang berkonsepkan alam taman bunga menawarkan sehingga 50 menu setiap hari berasaskan juadah tradisional dan pastinya hidangan signature seperti Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops menjadi juadah istimewa mereka bermula 2 Mac hingga 29 Mac.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tempahan awal adalah dialu-alukan bagi memastikan kelancaran tempat duduk dan sebarang booking boleh dibuat melalui no telefon 012-3526397, 017-9913907 atau 03-67367641.
Must-Watch Video