Pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman mengamuk apabila ada dalam kalangan pelakon yang terbabit dalam pementasasn teater itu tidak menepati masa.

Rakaman aksi Khir yang naik hantu ketika sesi latihan teater itu baru-baru ini dikongsikan salah seorang pelakon utama teater tersebut, Man Raja Lawak di Instagramnya.

"Kau tengok berapa ramai dah standby kat sini?

"Kau beritahu aku sekarang kau datang balik pukul berapa? Kau tau shooting macam mana kan... Kena respek time orang.

"Kau tahu latihan mula pukul berapa, kalau hari pertama kedua ketiga boleh beralah," tutur Khir menerusi rakaman video tersebut.

Ramai netizen maki saya semalam pasal bideo ni..jadi saya post balik..siapa yg salah siapa yg betul sebenarnyer..kowang jadi saksi..JUARA pun dtg 2 jam awal tau..respek skit!!

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on


Difahamkan, dua pelawak baru yang ditegur Khir menerusi video berkenaan ialah Chiwan dan Tapai.

Bagaimanapun, video yang asalnya telah dimuat naik semalam telah dipadamkan berikutan gesaan netizen yang dianggap menyebarkan aksi berkenaan tidak wajar.

Man juga telah membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagramnya.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on


Namun, video sama telah dimuat naik semula pada pagi Khamis sebagai pengajaran kepada semua.

"Ramai netizen maki saya semalam pasal video ni..jadi saya post balik.

"Siapa yang salah siapa yang betul sebenarnya, korang jadi saksi.

"Juara pun datang 2 jam awal tau..respek sikit!" tulis Man.

Teater komedi seram Korupsi Dewan Semandung dipentaskan di Istana Budaya bermula 28 Februari hingga 1 Mac ini.

Teater itu dibintangi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu dan Sharif Zero.