,
Hiburan

#JuaraParodi: Kumpulan Juri Bakal Bergelar Juara?

Ahmad Shah
22/01/2016
06:58 MYT
Program #JuaraParodi sudah hampir sampai ke penghujungnya. Malam ini menyaksikan pertarungan terakhir lima kumpulan yang bakal merebut hadiah bernilai RM300,000.
Menerusi konsert akhir #JuaraParodi yang diterajui oleh Dina Nadzir dan Najip Ali, kumpulan Kobis Pedas, Right Handed, Juri, Abang Face dan Slumber Blur bakal memparodikan dua buah lagu.
Astro Gempak meramalkan kumpulan Juri yang dianggotai oleh Datuk Hattan dan Ajak Shiro boleh melakukan kejutan untuk malam ini, sekaligus bergelar pemenang tempat pertama #JuaraParodi.
Bermula dengan agak perlahan di awal kemunculan mereka dalam #JuaraParodi, kumpulan Juri bangkit mengumpul formula dalam memberikan persembahan terbaik di setiap minggu.
Kemenangan mereka di pusingan separuh akhir seakan memberi petunjuk yang mereka bakal memberikan aksi cemerlang di pusingan akhir.
Kebolehan kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Sam Bunkface, Joey dan Shuk SYJ juga tidak boleh dipandang remeh. Mereka saling kali tampil dengan idea segar dan menterjemahkan ia dalam parody yang mereka lakukan.
Persembahan konsisten yang kumpulan Abang Face tampilkan setiap minggu juga memikat hati para juri dan penonton di Teater Shah Alam dan di rumah. Semestinya persaingan sengit bakal terjadi malam ini.
Siapa yang bakal bergelar pemenang #JuaraParodi? Jangan lupa untuk menyaksikan konsert akhir #JuaraParodi malam ini!
#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.
#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.
Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam Saat Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah

gempak
09/09/2022
03:30 MYT
Shuib hanya terdiam radio memutarkan lagu arwah isterinya.
Laman Utama

“Biarlah Jadi Kenangan…”- Bergaduh? Ini Komen Ajak Tentang Shahrol & Kumpulan Shiro

gempak
04/08/2022
08:44 MYT
Bergaduh? Ini Komen Ajak Tentang Shahrol & Kumpulan Shiro
Laman Utama

“Perlu Ke Nak 'Up' Isu Ni?”- Bangkitkan Isu Fizi Ali & DJ Lin, Ajak Minta Shahrol Shiro Tidak Melaga-Lagakan

gempak
03/08/2022
01:18 MYT
Bangkitkan Isu Fizi Ali & DJ Lin, Ajak Minta Shahrol Shiro Tidak Melaga-Lagakan
Laman Utama

Kongsi Perbualan Bersama Anak, Ajak Shiro Dipuji Netizen – “ Awak Adalah Ayah Yang Hebat”

gempak
24/07/2022
06:00 MYT
Ajak beri contoh seorang bapa yang baik
Laman Utama

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"

gempak
02/07/2022
13:23 MYT
Usaha tangga kejayaan.
BorakSeeni