Julia Roberts Dinobatkan Wanita Tercantik Dunia 2017

Rozaimi Zubaidi
April 20, 2017 08:12 MYT
Pelakon terkenal Hollywood, Julia Roberts sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Dunia pada tahun 2017.
Menerusi laporan E! Online, ini merupakan penghargaan kali kelima untuk Julia sepanjang bergelar sebagai seorang selebriti.
Majalah People baru-baru ini kembali dengan isu tahunannya iaitu memilih salah seorang selebriti dunia yang paling layak diberikan gelaran tersebut.
Julia telah menerima gelaran wanita tercantik dunia untuk kali pertama pada tahun 1991 ketika berusia 23 tahun.
Penghargaan yang sama turut dimenangi oleh Julia untuk tiga lagi edisi tahunan majalah People adalah pada tahun 2000, 2005 dan 2010.
Pelakon filem Notting Hill itu mengakui terkejut dan tidak menyangka akan memenangi gelaran tersebut untuk kali kelima.
Julia yang berkahwin dengan Danny Moder mempunyai tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar, Phinnaeus dan Hazel, 12, dan Henry berusia 9 tahun.
#pelakon #Pelakon #Julia Roberts #Wanita Tercantik