Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jumpa Bayi Dalam Semak, Pelakon Nana Mirdad Tak Jadikan Anak Angkat Kerana 4 Sebab

Maliah Surip
26/01/2024 12:55 MYT
Kisah pelakon Nana Mirdad menemui bayi yang dibuang di kawasan semak berhampiran kediamannya menarik perhatian masyarakat Indonesia.

BERITA TRENDING: Bayi Menangis Dalam MRT, Semua Pakat Selawat Ramai-Ramai

Selepas beberapa hari, kisah Nana terjumpa bayi perempuan yang kemudian diberi nama Bella itu masih menjadi buah mulut.

PILIHAN PEMBACA: "Ya Allah Kejamnya Kau Wahai Ibu" - Bayi Perempuan Dibuang Di Sawah Padi, Netizen Tawar…

Ramai dalam kalangan netizen berharap Nana dan suaminya mengambil Bella sebagai anak angkat. Namun bintang Hantu Cantik Kok Ngompol itu memilih untuk menyerahkan bayi tersebut kepada jabatan kebajikan masyarakat atau pihak yang berkuasa.

Menurut Nana dia berbuat demikian sebagai melindungi bayi malang tersebut. Menerusi perkongsian di Instagramnya, Nana menyebut ada empat sebab dia memutuskan untuk tidak menjadikan bayi itu sebagai sebahagian ahli keluarganya.

Kata wanita berusia 36 tahun tersebut, sebab pertama adalah kerana dia mahu memberi fokus terhadap anak-anaknya sendiri termasuk seorang yang melangkah ke alam remaja dan disifatkan memerlukan perhatian lebih.

“Saya juga tidak mahu anak ini kelak dibuli kerana jika dia menjadi anak angkat kami, semua sudah tahu mengenai asal usulnya.

“Dia akan membesar dalam keadaan tidak sihat jika ada yang membuli dan mengungkit kisah silamnya.

“Dia juga akan kehilangan privasi sepanjang hidup.

“Dan saya berharap selepas diserahkan kepada pihak berkuasa, dia akan diberi identiti baharu agar dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain,” ujar Nana seperti dilaporkan Kompas.

Meski tidak menjadikan Bella tersebut sebagai anak angkat, Nana akan tetap mengenang momen sepanjang dia bertemu dengan bayi tersebut.

PILIHAN PEMBACA: Bau Busuk Tandas Surau Rupanya Datang Daripada Mayat Bayi Yang Disembunyi Bawah Baldi


#pelakon #Indonesia #Bayi #Nana Mirdad #Semak
;