Pelakon Aeril Zafrel menjumpai sebuah 'benda pelik' yang diletakkan di booth perniagaannya yang sedang berlangsung di Mood Republic, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menerusi kemas kini laman Instagram Aeril, @aeril_zafrel, pelakon itu mendedahkan rupa bentuk 'benda pelik' itu berserta dengan kapsyen berbunyi:

"Jumpa benda alah ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya??? Astaghfirullah.. Bulan Ramadan pun nak buat mcm ni.. Bukan booth kat KL je booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yang sama..

"Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda-benda ni. Dah bawak pergi jumpa pakar dalam bidang ni.. Ternyata benda ni sihir!! Cukup-cukuplah.. Percaya pada rezeki masing-masing #iknowwhouare," tulis Aeril.

Aeril bersama isterinya, aktres Wawa Zainal sedang rancak meniaga di booth Lima Waktu dan Wawa Zainal RTW di Mood Rebuplik, PWTC.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Jumpa bendala ni kat booth masa meniaga malam tadi kat pwtc... . apalah niat sebenarnya??? Astaghfirullah... . Bulan ramadhan pun nak buat mcm ni..bkn booth kat kl je booth kami kat johor pun sama,staf jumpa benda yg sama... . zaman skg ade lg org percaya benda2 ni??da bwk pegi jumpa pakar dlm bidang ni..ternyata benda ni sihir!! Cukup2 la...percaya pada rezeki masing2 ✌️✌️✌️ Hasbunallahhu wani'malwaqil ni'malmaula wani'malnaseer... #iknowwhouare

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on