Hiburan
“Jumpa Ustaz, Amal Ayat Pendinding” - Fendy Bakry
Pelakon Fendy Bakry memberitahu dia sudah mempersiapkan diri dengan ayat pendinding.
Ujar bekas peserta Hero Remaja 2011/2012 kepada Media Hiburan, tindakan itu dibuat bagi mengelak hal sama berulang.
"Saya ada berjumpa dengan beberapa ustaz untuk dapatkan rawatan dan hasilnya ustaz memberikan ayat untuk saya amalkan seperti surah, zikir dan juga solat.
"Ada juga ustaz yang tidak menafikan tentang penyakit misteri saya ini tetapi bila kita pergi berubat, kita akan terima pelbagai pendapat dan saya hanya menganggap ini sebagai satu bentuk ujian," jelasnya.
Terus ditanya adakah ini angkara orang yang mempunyai hasad dengki, ini jawap pelakon popular drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma.
"Saya tak boleh nak syak siapa sebab dalam hal seperti ini jin dan syaitan itu memang wujud.
"Cuma saya tak tahu bagaimana ia boleh sampaikan kepada saya.
"Saya hanya boleh berharap supaya cepat sembuh dan tak nak ambil tahu siapa yang buat khianat dekat saya," katanya lagi.
Terdahulu nama Fendy Bakry mula diperkatakan sejak bulan Mei berhubung penyakit misteri.
Dalam perkembangan lain, Fendy bakal memulakan penggambaran sebuah drama setelah berehat panjang.
Sumber: Media Hiburan
Must-Watch Video