HIBURAN
June Lojong Tak Kisah Kurang Dikenali, Anggap Berlakon Sebagai Terapi Untuk Depresi
Pelakon June Lojong mengakui tidak kisah sekiranya khalayak tidak mengenali siapakah dirinya.
Terapi diri
Pernah menghidapi depresi yang teruk, June yang juga merupakan isteri kepada pelakon Namron hanya menganggap lakonan merupakan terapi yang mampu memberikan ketenangan dan keyakinan untuk dirinya bersosial.
“Saya masuk dalam industri seni ini secara tidak langsung, bermula filem redha Tenku Mona Riza. Beliau tawarkan saya untuk berlakon saya tolak kerana saya tak mahu ke hadapan kerana ada masalah kesihatan.
“Kemudian Namron pujuk saya lagi dengan anggap berlakon dalam filem adalah terapi untuk masalah kesihatan saya disebabkan itu saya terima. Saya berlakon untuk terapi sosial dan alhamdulillah menjadi.
“Sewaktu tahun 2005/6 itu saya sedang belajar masters jadi saya perlu buat thesis dan beberapa kali ditolak jadi saya berhadapan dengan banyak kekecewaan jadi saya alami depresi yang sangat teruk waktu itu.
“Jadi, dengan berlakon dia sedikit demi sedikit ia membantu saya untuk bersosial, jumpa orang. Sebab dulu saya masih ada lagi anxiety,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Polong di Petaling Jaya baru-baru ini.
Berkat sokongan orang sekeliling, June syukur kini tahap kesihatannya sudah stabil.
“Alhamdulillah 100 peratus dah okay dan banyak sokongan daripada sekeliling untuk saya berlakon jadi saya rasa berlakon adalah terapi yang berkesan untuk saya jadi saya tak kisah kalau orang tak kenal saya kerana perkara ini berkait dengan dalaman saya,” ujarnya lagi.
Menerusi perkembangan lain, June Lojong bakal tampil membintangi filem Polong yang dijangka masuk panggung pada 2026.
Selain June, Polong menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron dan Nadiya Nissa dan akan memulakan penggambaran pada bulan Mei ini.
Sinopsis Polong
Polong mengangkat kisah Maria Hadi, seorang wanita yang hidup dengan amalan ilmu hitam dan dosa lampaunya, namun cuba mencari keampunan ketika akhir hayatnya.
Sehinggakan dia terpaksa melepaskan polong belaan kepada orang yang tidak sepatutnya, tetapi polong berkenaan ingin membalas dendam selepas kematian Maria dan sumpah laknatnya perlu dihadapi oleh pewaris Maria.
BERITA TRENDING: Ridzuan Ridzokumura Sifatkan Akiko Seorang Isteri Penyayang - “16
BERITA TRENDING: Influencer Menginap Di Resort Shebara Island, Netizen Terkejut Tengok Harga Satu Malam -
BERITA TRENDING: Anak Tiri Siti Nurhaliza Hanya Makan Daging
Must-Watch Video