GAYA HIDUP
Anak Tiri Siti Nurhaliza Hanya Makan Daging Wagyu, Belanja RM30,000 Buat Tetamu - "Tiada Daging Lain Boleh Lawan Rasa & ..."
Usahawan terkenal, Asyraf Khalid, baru-baru ini melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi.
BERITA TRENDING: Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”
BERITA TRENDING: "Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara
Pelancaran AK Meat ini disebabkan kecintaan Asyraf terhadap daging Wagyu, yang menjadi kegemarannya sejak 15 tahun lalu, ketika menyambung pengajiannya di Melbourne, Australia.“Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.
“Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging wagyu sahaja.
“Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging wagyu itu dari Australia atau Jepun,” kata Asyraf.
BERITA TRENDING: "Tak Mungkin Saya Marah Kalau Tak Ada..."- Asyraf Khalid Jawab Tuduhan 'Rude' Dengan Pekerja Hotel
Pada pelancaran AK Meat Khamis lalu, turut hadir para selebriti yang juga merupakan keluarga Asyraf iaitu ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, serta isterinya Tya Arifin selain rakan perniagaan dan teman rapat lain.Pada majlis itu, Asyraf telah menyajikan steak daging wagyu dengan membelanjakan sehingga RM30,000 buat tetamu-tetamu yang hadir.
Tambah Asyraf, keputusannya untuk mengambil langkah berani dalam melancarkan AK Meat kerana daging Wagyu premium ini bukan sekadar berkaitan perniagaan semata-mata tetapi juga untuk berkongsi nikmat daging kegemarannya itu dengan masyarakat.
“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.
“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah. Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” ujarnya.
Sementara itu, Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya iaitu Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan pasukan DAEM, yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan impian beliau.
.jpg)
Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan bahawa AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.
Must-Watch Video