Jurulatih Tinju Samoa Mati Mengejut Dalam Temasya Olimpik Paris 2024
Awani
28/07/2024 00:41 MYT
28/07/2024 00:41 MYT
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) memaklumkan Fatupaito meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan seperjuangan Fatupaito yang meninggal dunia secara mengejut semalam," katanya dalam satu kenyataan.
IBA menyifatkan kematian Fatupaito sebagai satu kehilangan kepada dunia sukan.
"Dedikasi Lionel dan keghairahannya untuk sukan ini meninggalkan kesan yang sukar dilupakan oleh komuniti tinju.
"Legasinya akan berterusan bagi memberi inspirasi kepada generasi pada masa hadapan. Doa kami sentiasa bersama pasukan Samoa dan semua yang terkesan dengan kehilangan ini," katanya.
Difahamkan, jurulatih berusia 60 tahun itu diberikan rawatan kecemasan namun tidak berupaya untuk menyelamatkan Fatupaito dengan pejabat pendakwa raya tempatan mengklasifikasikan kematian bersifat 'semula jadi'.