,
Laman Utama

Kongsi Video 'Henyak' Hafidz Roshdi, Aedy Ashraf; "Mana Yang Geram Tu Tengok Puas-Puas"

Amri Hassan
24/02/2023
00:43 MYT
Sepotong klip aksi pelakon Aedy Ashraf menumbuk Hafidz Roshdi di gelanggang tinju tular di Twitter sejak malam tadi.
Dalam aksi terbabit, Aedy dan Hafidz dalam keadaan tidak berbaju itu diregukan untuk perlawanan tinju untuk sebuah acara boxing sekitar Jun tahun lalu.
Hafidz kelihatan ditumbuk bertubi-tubi pada bahagian muka oleh Aedy sehingga terduduk.
"Mana yang geram tu tengok puas-puas," demikian tulis Aedy ringkas dalam ciapan terbabit.
Bagaimanapun, netizen seakan-akan cuba mengaitkan video berkenaan dengan situasi yang terjadi dalam kemelut rumah tangga Hafidz selepas menceraikan isterinya, Nurul Shuhada pada petang Khamis.
"Terbaiklah Dy, dalma baik ko sindir balik dia Dy. Patut hari tu ko henyak dia sampai lunyai, baru dia ada akal sikit. Tq Dy sebab memahami perasaan netizen.
"Tengok banyak kali dah, since news about him ada skandal keluar. Tapi tak puas hati juga, he needs more punches!
"Sepatutnya kau lunyaikan je kat situ bro. Haih, sakit pula hati ni. Terima kasih sebab memahami perasaan netizen Dy.
"Fight lagi sekali Dy, bagi pecah mulut dan gigi mamat tu," demikian beberapa ciapan balas dari warganet.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.